I memang penakut dengan kucing. Serious tak tipu. I pernah pegang katak, lipas, ular & lain-lain, tapi I sangat tak berani pegang kucing. Kenapa? Sebab kucing tu berbulu, kalau kita pegang dia panas & lembik-lembik. Serious, I geli. Tapi, bila I pergi rumah kawan I Jihan, rumah dia ada 3 ekor kucing yang cantik-cantik sangat, & manja-manja. I teringin banyak kali dah nak pegang. Tapi takut, takut, takut! Sampai la satu hari ni, rasa macam nak pegang tu, membuak-buak, buak, buak, buak, buak, buak, (ok, dah, dah) So, I berani kan diri, ambil kucing yang paling sopannnnnn & pegang. Okay tipu. Bukan I yang ambil. Kyrah sebenarnya. HAHAHA. & Proses memegang, bukan la mudah ya tuan-tuan dan puan-puan. Jujur I cakap, kucing ni tak la teruk sangat. Dia comel sangat-sangat! Kerana dia comel lah, I berjaya atasi takut & pegang. Jadi, korang ada tak apa-apa fear factor yang korang masih lagi tak boleh deal with atau yang korang dah berjaya deal dah! Macam I! Share lah! BTW, ini adalah kucing pertama sepanjang 21 tahun, eh silap 19 tahun I hidup, it was the first I dukung! Awww Cenonet patu rasa beruntung!
|
tengok! sampai ketap-ketap bibir! geli sangattttt! |
|
okay! lagi sikitttt! dah berjaya angkat! |
|
awwww. sweettttt. dia sukaaa. |
|
tengok. bila dah berani, bersilat-silat! |
|
dah berani cium-cium pulak tu! |
|
ciummm lagi! seronok! |
Okay. the truth is, kenapa i berani sangat nak pegang dia pasal dia bari 8-9 months old. kecil lagi. Lagipun, dia sangat duduk diam & tak gerak-gerak. You buat la apa pun, dia diammmm je. tapi lantak la! I dah berani pegang kucingggg! new check on the to do thing!